Maklumat am Transformasi_Nasional_2050

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar dan sebagainya

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Dialog Perdana TN50

Najib melancarkan program Transformasi Nasional 2050 dengan sebuah Dialog Perdana TN50 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada 19 Januari 2017. Majlis tersebut dihadiri oleh 500 belia yang menyuarakan aspirasi mereka untuk Malaysia untuk tahun 2050.

Dalam ucapannya itu, beliau menyatakan, pendekatan tersebut dipilih kerana beliau mahukan TN50 yang menjadi kesi­nambungan kepada dasar 30 tahun terdahulu adalah visi rakyat kerana masa depan negara milik generasi muda hari ini.

“Jadi malam ini kita adakan dialog tetapi saya tidak akan buat rumusan. Sebab prosesnya perlu berjalan. Bila dah himpun segala pandangan, input dan isi hati seluruh lapisan rakyat baru kita kumpulkan dan jadikan itu sebagai visi TN50.

Pada 9 Mei 2018 Parti Barisan Nasional telah pun gagal membentuk Kerajaan. TN50 menjadi tanda soal.

“Maka, malam ini perjalanan TN50 telah bermula,” kata Najib.[2]